Sunday, August 2, 2009

kemahiran hidup boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum


Penyertaan pelajar - pelajar dalam badan uniform seperti Pengakap dapat mendedahkan kepada pelajar - pelajar tentang amalan bergotong - royong , tolong - menolong melalui aktiviti yang dilakukan. Contoh aktiviti yang dilakukan seperti perkhemahan, bergotong - royong dalam memasak dan sebagainya.

Saturday, August 1, 2009

kokurikulum dapat meningkatkan disiplin pelajar


Aktiviti kokurikulum mempunyai kesan yang positif terutamanya terhadap peningkatan disiplin. Dengan adanya kadet polis, pelajar yang terlibat dalam badan uniform ini boleh membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin. Di kalangan belia dan pelajar, organisasi seperti penubuhan belia boleh bertindak sebagai mata dan telinga pihak polis. Memang ada benarnya kerana penyertaan pelajar dalam program sedemikian dapat memanfaatkan masa terluang. Masa yang digunakan secara cekap akan mengelakkan remaja daripada terdorong melakukan salah laku sosial dan jenayah.